“Dia ni yang buatkan surat untuk saya berhenti ni” -Jep Sepahtu

Jep Sepahtu bukan sahaja dikenali sebagai seorang pelawak, tetapi juga sebagai seorang penyampai radio yang berkaliber. Beliau yang dikenali dari kumpulan Sepahtu telah membina nama dalam industri hiburan sejak tahun 2009 lagi dan telah menjadi kesayangan netizen dek kerana lawaknya yang menyelit nasihat-nasihat tersirat. Baru-baru ini beliau telah menyahut cabaran SINAR untuk kembali bekerja sebagai ‘Ramp Agent’ di Lapangan Terbang Senai sebelum bergelar selebriti.

Untuk pengetahuan semua, skop kerja Ramp agent adalah menguruskan beg dan barangan kargo di bahagian ‘ground operation team’ dan dilihat dari video kongsian SINAR ini, menjadi seorang Ramp agent bukanlah kerja yang senang dan menggunakan tulang 4 kerat untuk mengerjakan pekerjaan ini.

Dilihat dakam video tersebut, Jep Sepahtu mengenalkan rakan baiknya yang membantunya menulis surat berhenti bekerja iaitu Mat Noh. Beliau mengatakan beliau memang ramai kawan tetapi Mat Noh adalah rakan yang terbaik. Jep juga berkongsi cerita beliau banyak belajar erti hidup dari rakan-rakan sekerjanya apabila bekerja sebagai Ramp agent dahulu.

Beliau juga berkata beliau telah mengerti bahawa rezeki kita cari itu bukanlah untuk diri sendiri tetapi untuk orang lain juga iaitu ahli keluarga kita.

Para netizen amat memuji sikap Jep Sepahtu yang tidak melupakan asal usulnya dan masih mengingati pesanan rakan-rakan lama.

Akhir kata, apa apa sahaja pekerjaan yang dikerjakan, kita haruslah ikhlas dalam melakukannya sehingga ianya selesai. Apabila datangnya rasa ikhlas, in shaa Allah apa sahaja yang dilakukan Allah akan permudahkan urusannya.

Sumber : sinar