“Dari Blonde To Makkah” – Hazeman Tunai Umrah, Kongsi Kisah Penghijrahan

Siapa yang tidak tahu mengenai rancangan Motif Viral yang seringkali membawa kisah dan cerita yang viral di laman sosial di Malaysia yang dikendalikan oleh 4 orang pengacara. Salah seorangnya adalah Hazeman Huzair yang dikenali sebagai pengacara dengan penampilan rambutnya yang diwarnakan putih ataupun ‘blonde’.

Bermula pada akhir tahun lepas, Haze telah berkongsi satu video reaksi rakan-rakannya dimana dia telah mewarnakan kembali rambutnya kepada warna hitam. Ramai yang terkejut akan penampilan Haze yang terbaru itu yang sekaligus merubah raut wajahnya.

Namun, disebalik penukaran warna rambut tersebut, rupanya ada terselit kisah yang mendorong dia untuk melakukan hal tersebut setelah hampir dua tahun berambut ‘blonde’. Haze menjawab persoalan tersebut di laman youtube miliknya.

Saya mulai cuti s4kit selama seminggu…mula belajar solat

Haze bercerita bagaimana dia bermula dengan cuti sakit selama seminggu dimana waktu itu dia merasakan seolah dirinya kosong tiada arah tujuan. Mulai mendekatkan diri kepada Allah secara senyap, Haze turut menyatakan bahawa dia mula rasai ketenangan yang dicari.


Rambut putih susah untuk solat…
Sebelum mewarnakan rambut kembali kepada warna hitam, Haze berulangkali berjemaah di masjid dan dia terpaksa menggunakan penutup kepala untuk menyembunyikan rambut putihnya itu. Detik terdetik hatinya untuk mewarnakan rambut kembali hitam adalah apabila dia tertinggal solat maghrib hanya kerana dia terlupa membawa penutup kepalanya itu.

Disebabkan itu, Haze mengambil keputusan untuk mewarnakan rambutnya ke warna hitam kembali bagi mengelakkan sebarang kesulitan lagi untuk solat.

Kini Haze berkongsi pengalaman beliau menunaikan umrah di Tanah Suci..

sumber : vanila daily