“Daddy Hamzah dah takde, boleh tak Daddy nak jaga Hamzah?” – Fad Bocey

Setelah pemergian arw4h Abam, pelakon dan pelawak Fad Bocey telah berjanji untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga anak arw4h, Hamzah. Ianya agar si kecil ini tidak akan merasa kekurangan kasih sayang dari seorang yang bergelar bapa.

Memang mulia sungguh sikap Fad, mungkin kerana persahabatan yang terjalin selama ini dan mereka sendiri bagaikan satu keluarga. Menurut Ali, Hamzah sudah mula mencari-cari kelibat bapanya. Apalah yang anak kecil ini faham tentang kem4tian.

Ali, 31, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, anak Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan lebih banyak diam dan tidak meragam.

Menurut Ali, kakak iparnya yang juga balu arw4h, Siti Nurhidayah Mohd Ali juga banyak mendiamkan diri. Hidayah juga telah memadam akaun IG miliknya.

“Sudah hari keempat, kakak ipar lebih banyak diam. Begitu juga dengan anaknya yang tidak meragam. Dia sama macam Abam yang banyak diam.

“Cuma, dia sudah mulai tercari-cari sebab sampai sekarang rumah sentiasa dipenuhi orang menziarah. Dari pagi sampai malam. Mungkin dia pun hairan kenapa setiap hari ramai orang. Tapi, disebabkan dia masih kecil jadi tidak tahu apa yang berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

Fad memuat naik reaksi anak bongsunya Aminah, ketika memberitahu ingin menjaga Hamzah yang sudah kehiIangan bapa. Dengan nada yang ceria Aminah bersetuju dan menyatakan bahawa dia sayang pada Hamzah. Terharu dengar jawapan dari Aminah, nanti Aminah main sama-sama dengan Hamzah ye.

Daddy jaga hamzah ye nak, anak daddy empat org sekarang.

Vide0 :

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :