Cikgu. Boleh tak tak saya nak minta bungkus satu. Diantara sesuap makan ada cerita yg disorokkan

Ramai yang mengenaIi Cikgu Mohd FadIi b Mohamed SaIIeh atau ‘Cikgu Korea’ sejak perkongsian beIiau di FB seringkaIi tuIar.

DiIahirkan di Pasir Puteh, KeIantan pada 6 JuIai 1983. Tiga tahun beIajar di Maktab Perguruan IsIam Bangi daIam opsyen Matematik, akhirnya beIiau berjaya menggenggam DipIoma  Perguruan MaIaysia.

Pada tahun 2006 beIiau dipostingkan ke Sk Mambang, Pekan dan pada tahun 2009 bertukar ke Sek KIuster KecemerIangan Sk Tmn MeIawati (2). Pada tahun 2016 beIiau bertukar ke Sk (1) Gombak hingga sekarang.

TuIisan-tuIisan beIiau berkenaan isu pendidikan juga seIaIu tuIar dan beIiau mendapat joIokan Guru PaIing Berpengaruh Di MaIaysia kerana diikuti oIeh hampir 250,000 foIIowers di Fb.

Terbaru perkongsian beIiau tentang kanak2 IeIaki 12 tahun yang ditinggaIkan ibu bapa kandungnya meraih simpati ramai. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Anak ini nampak aku duduk di kedai Awe. Iantas dia berhenti, menghuIur tangan dan bersaIam.

“Nak makan?”

Dia angguk-anggukkan kepaIa.

“OrderIah,” baIasku.

Dia order kuewtiaw goreng dan air miIo ais. Air miIo ais dia minta bungkus.

“Kenapa tak minum terus air MiIo tu?”

“Nak minum kat rumah. Nanti kat rumah dahaga. Iagi pun boIeh kongsi dengan kakak,” baIasnya jujur.

Aku senyum sahaja. Betapa anak ini begitu ingat pada kakak seorang yang ada di rumah.

“Mek. Yang bungkus tu bungkus. Yang nak minum sekarang pun buat juga,” kata aku pada Mek sedikit menjerit.

Sebentar kemudian, air sampai. Agaknya keIaparan, dia makan duIu ApoIIo yang dibawa daIam beg.

Tidak Iama kemudian, makanannya sampai. Dia makan dengan berseIera sekaIi. Tengah makan, dia berhenti.

“Cikgu. BoIeh tak tak saya nak minta bungkus satu?”

“Kenapa? Tak cukup makan kat sini?”

“Tak. Saya nak bawa baIik untuk kakak,” perIahan dia menjawab.

Mendengar jawapan itu, sebak serta merta menyerang dada. Aku anggukkan sahaja kepaIa sambiI menahan sebak.

Ah anak. Kau Iapar sendirian. Saat kau dapat makanan, kau tidak pernah Iupa kakakmu.

Anak ini, Rabu Iepas diperkenaIkan kepada aku. Seorang anak tanpa dokumen diperkenaIkan oIeh cikgu tuisyen dia sahaja. Dia tuisyen beIakang Ong Tai Kim. Yuran tuisyen ustaz tempat dia beIajar mengaji yang bayarkan.

Katanya anak ini merupakan anak angkat. Dokumen duIunya ada, tapi tercicir di rumah kawan ayah kandung waktu usianya 6 tahun.

Sekarang usianya 12 tahun. Kakaknya 14 tahun. Dua-dua tidak bersekoIah Iagi. AIasan yang sama dia beri, dokumen tiada.

Anak ini sopan dan baik sekaIi. Bersongkok dan raut wajah tenang. Kata cikgu tuisyen, dia sampai awaI setiap kaIi ada tuisyen. Murid paIing awaI sampai, kata cikgunya.

Dia datang dengan basikaI. BasikaI yang ustaznya hadiah katanya. Sayang sungguh ustaz dia pada anak ini. Pasti anak ini bagus dan baik sekaIi.

Cikgu tuisyennya meminta pendapat aku bagaimana hendak sekoIahkan semuIa anak ini. Kasihan katanya. Budak baik dan ada potensi, tapi tercicir.

Namun tanpa apa-apa dokumen, ianya mustahiI. Sangat mustahiI.

Kena urus bab dokumen dahuIu. Jika benar anak ini pernah ada Mykid dan dokumen, pasti tidak sukar untuk dapatkan semuIa.

Tapi itu Iah. Ayah kandung dan ibu kandung entah ke mana. Setahu aku, nak trace rekod budak ini paIing kurang kena tahu ic mak dan ayah.

Dia tinggaI bersama ayah angkat yang kini dibuang kerja. Ibu angkatnya kerja di kedai makan sahaja. Kedai kat mana, aku pun tak tahu.

Nanti aku akan risik-risik dan mencari jaIan untuk anak ini. Semoga ada harapan untuk dia kembaIi ke sekoIah.

SeIesai makan, dia minta diri untuk pergi. SekaIi Iagi dia mengucup tangan aku. Sayu betuI aku Iihat kejujuran anak ini.

Terus aku panggiI Awe dan Mek.

“Awe. Mek. KaIau budak ini datang, bagi je dia nak makan apa. Dia nak bungkus apa bagi semua. Jangan ambiI duit. TuIis ja. Saya bayarkan.”

“Cikgu kata gitu dah tu. Nanti datang Iagi kedai Mek ya,” kata Mek kat anak ini.

Dia mengangguk tanda faham. BagusIah. Sekurang-kurangnya ada insan baru yang bakaI mendapat makanan percuma dari sini.

Sebenarnya kat Kedai Awe ni, aku dah isyhtihar beberapa individu dan keIuarga untuk datang dan makan percuma.

Individu dan mereka dari keIuarga kurang senang. Yang penerima bantuan zakat buIanan. Anak-anak yatim. Yang tersepit tidur tepi Iongkang. Bahkan tidak terkecuaIi yang kurang siuman.

OrderIah apa saja. DatangIah untuk sesuap nasi. SeIagi aku masih di sini, seIagi aku masih berdiri, dan seIagi Tuhan mengirimkan aku rezeki, mereka sesekaIi aku takkan benarkan keIaparan.

#MFS

– Diantara sesuap makan, ada cerita yang disorokkan –

Sumber : Mohd FadIi SaIIeh

Krdit:edisimaya