Cahill Sertai Crystal Palace

LONDON – Crystal Palace berjaya mendapatkan bekas tonggak pertahanan Chelsea, Gary Cahill.

Pertahanan berusia 33 tahun itu menyertai The Eagels secara percuma selepas dibebaskan oleh Chelsea pada hujung musim lalu yang menyaksikan dia menghabiskan tujuh tahun bersama kelab tersebut.

Difahamkan Cahill menandatangani kontrak perjanjian selama dua tahun dan menerima bayaran 75,000 pound (RM381,000) seminggu.

Sebelum ini, Burnley dan West Ham berminat untuk mendapatkan Cahill namun Palace berjaya meyakinkan pemain berpengalaman itu untuk menyertai mereka.

Bekas pertahanan England itu berharap dia dapat memberi impak kepada kelab baharunya selepas membuat dua penampilan sahaja dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea pada musim lalu.

The 33-year-old joins the Eagles on a free transfer, having being released by Chelsea at the end of last season after spending seven years at the club.

Dia menjadi pemain ketiga yang menyertai Crystal pada musim panas ini selepas Stephen Henderson dan Jordan Ayew.

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE