“Bulu ketiak panjang boleh, rambut panjang bising.”

Pelakon kelahiran utara Sharnaaz Ahmad dilahirkan pada 30 Ogos 1985. Beliau merupakan antara pelakon lelaki yang sangat berbakat dan sering menghiasi drama-drama tempatan. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang hiburan pada 2009.

Walaupun dikenali sebagai seorang yang panas baran kerana pernah berlaku beberapa insiden sebelum ini, namun sejak beliau berkahwin dengan Noor Nabila, kakak kepada Neelofa dan dikurniakan anak Jebat Jayden, jelas dapat lihat kematangan Sharnaaz.

Pelakon filem Juvana ini juga sama seperti para selebriti yang lain dimana aktif memberikan nasihat tentang Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang kita jalani hampir sebulan. Semalam Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa perintah PKP ini akan disambung untuk fasa ketiga hingga 28 April.

Walau bagaimanapun, kerajaan memberi kelonggaran kepada beberapa sektor perniagaan untuk beroperasi antaranya yang mendapat perhatian adalah kedai gunting rambut. Mungkin kerajaan peka dengan permintaan atau keluhan segilintir netizen yang mengadu rambut makin panjang dan tak terurus.

Sharnaaz memuat naik sebuah video dilaman Instagramnya menyatakan pandangannya yang kurang bersetuju tentang cadangan tersebut. Ini kerana pemotong rambut akan berdepan dengan ramai pelanggan dan ketika itu mungkin akan berlaku jangkitan COVID-19 dan amat dikhuatiri berlaku kluster terbaru pula.

Menteri pulau gazambo say HELLO

Bulu ketiak panjang boleh, rambut panjang bising..

Perkongsian yang dibuat oleh Sharnaaz turut mendapat persetujuan dari para pengikutnya. Tapi ada juga yang tertartik dengan gelagat beliau yang membebel menggunakan loghat utara.

Hahahaha Aku mmg fav laaa dengar Kau bebelllll!!!

Tengok video ni jadi seram plak.. buat nye kuarinitin sampai ujung taun.. abis rambut panjang mcm rapunzel.

Hahahaha pendekk je boss kali ni .. betul tuu. Aku sebagai tukang gunting pun . Aku tak mau bukak kedai lagi nii .. alang2 kita dah buat ni biar buat betul2 .. dah clear betul2 lagi senang kan . Ape nak buat semua boleh dah.

Orang utagha ni kalau bagi nasihat pun memang kasaq na.. tapi dalam hati kami semua baik2

Waalaikumsalam…betul tu gunting rambut tu tak penting pun…nyawa lagi berharga.

You right brother hahhahah… Kita challenge rambut sapa paling panjang Lepas ni…Tak mati aihhhh kalo simpan rambut panjang bangkai ubi semua yg dok wat kalot nak p gunting rambut hahhaha sempoii

Kami bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Sharnaaz. Rambut panjang tidak mendatangkan masalah atau boleh meragut nyawa. Jadi utamakan yang lebih penting dari itu. Sama-sama kita putuskan rantaian virus COVID-19.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :