“Bukan mudah nak hadapi cyberbully hingga difitnah.”

Tular beberapa hari ini tentang ahli perniagaan terkenal yang didakwa telah menghina dan mempertikaikan bantuan kerajaan kepada rakyat Malaysia dalam golongan B40 dan M40. Ia menjadi lebih parah apabila petisyen juga telah dibuat untuk menggugurkan namanya dari beliau dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah Uitm. Hingga ke saat ini petisyen itu telah mendapat lebih 200 ribu sokongan.

Vivy terpanggil untuk memuat naik video permohonan maaf serta menjelaskan tentang fitnah yang berleluasa tentang dirinya. Beliau sedar atas kesilapannya dalam menggunakan ayat atau perkataan yang telah mengguris rakyat Malaysia. Namun secara jujurnya, beliau sangat prihatin tentang golong B40 dan M40 dan kerana itu beliau sendiri mewujudkan tabung bantuan semasa COVID-19.

Menurut Vivy lagi, beliau difitnah oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan menjelaskan beliau tidak pernah membuat kenyataan seperti yang disebarkan. Melalui video yang dikongsikan oleh netizen, kenyataan tersebut telah dibuat oleh salah seorang ahli perniagaan yang lain.

Kenyataan Fitnah :

Vide0 sebenar :

“Goverment is helping those who are not contributing to the economy.”

Walau bagaimanapun, perkara ini telah menjadi pengajaran besar buat beliau dan beliau akan cuba memperbaiki dirinya. Tetapi beliau juga terkilan dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang dengan mudah mempercayai sesuatu fitnah hingga menyebarkannya. Namun Vivy berjanji akan bangkit selepas apa yang berlaku dengan semangat yang baru.

If you choose to be anything, be kind.

This will be the last statement I do on this issue. I will be moving on. Hope it clarifies A LOT of things. Hope you’re all coping well with MCO and sending you lots of love in this tough time.

Perkongsian yang dibuat telah meraih ribuan tontonan dan juga komen. Ramai yang beri semangat kepadanya dan tak kurang juga masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengannya. Apa-apa pun kita semua jadikan ini sebagai pengajaran dan cukuplah menghukum seseorang kerana ia boleh menjejaskan emosi bukan sahaj individu yang terlibat tetapi orang sekelilingnya.

Takpe. Kite semua pernah buat silap. Tak sempurna. Nama pun manusia. Yg penting berubah kearah lebih bgs,Kan?

Kuasa netizen ..better u diam dr nk bercakap..u dh bt suma nampak u buruk ..lebih baik u banyak berdoa dr nk terangkan u x bersalah.

Korang sibuk cari aib orang. Aib kita tu punya banyak Allah jaga.

Dia dah minta maaf kan….yang netizen over sangat tu knape macam tak pernah buat silap je sampai nak hukum orang boikot2 bagai.. lain lah klu dia tak minta maaf, ni dia dah minta maaf kan korang plak yang over be strong @vivyyusof just move on.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :