Baru sahaja bergelar bapa. Penyanyi Indonesia Glenn Fredly meninggal dunia

Glenn Fredly Deviano Latuihamallo DI lahir di Jakarta, 30 September 1975 merupakan seorang penyanyi dari negara Indonesia. Namun beliau juga terkenal di Malaysia kerana lagunya berjudul Januari yang dikeluarkan pada tahun 2002 menjadi hits di sini.

Berita tentang pemergiannya telah dimuat naik oleh salah seorang produser tempatan Iman Tang di laman Instagram miliknya. Namun punca kematian masih belum dipastikan.

Selamat Tinggal JANUARY..

“Glenn Fredly Deviano Latuihamallo”

(September 30, 1975 – April 8, 2020)

REST IN PEACE #glennfredly

Dikabarkan pada hari ini, Rabu 8 April 2020, musisi pop Indonesia Glenn Fredly, menghembuskan nafas terakhirnya.

Semoga karya dan kebaikannya di dunia menjadi manfaat untuk semua orang.

Apa yang menyedihkan ialah beliau baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran isterinya bersama empat hari yang lalu. Malah mereka baru sahaja dikurniakan cahaya mata perempuan kira sebulan yang lalu.

Happy BirthDay isitriku tercinta @mutia_ayuu, Semesta menjagamu dan kita bersama selalu….

 

Ketika Gewa sudah dewasa nanti dan mengerti, Gewa pasti akan berkata “Gewa Bangga menjadi anak Perempuan Ayah”

Tuhan selalu jaga Kami I love you @glennfredly309

Para peminat dan rakan-rakan turut mengucapkan takziah dan bersimpati atas apa yang menimpa Mutia Ayu. Semoga Mutia akan terus kuat untuk membesarkan anak mereka.

Ya Allah de turut berduka  Semoga Amal ibadahnya diterima disisi – Nya aamiin

Bahagaia selalu..Tuhan berserta kita.

Deepest condolences for your lost.. you are a strong woman ay.. ttp kuat untuk gewa yaaa.

Mas Glennnnnn.  Nooooo you’re gone tooooo soon Masssss

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :