Bagus Erra Fazira bagi didikan agama yang sempurna untuk anak

Beberapa hari lagi akan berlangsungnya konsert Romantika Awie yang juga akan diturut serta oleh primadona Erra Fazira. Pasti ramai yang tidak sabar menantikan konsert pasangan sejoli yang pernah menghangatkan dunia hiburan satu masa dulu.

Di dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Erra, Dia mempromosikan konsert tersebut bersama anaknya Alesya. Konsert tersebut akan berlangsung pada minggu depan 15 Februari. Dalam pada mempromosikan konsert itu, Alesya sempat lagi menasihati ibunya supaya tidur awal dan sentiasa membuat latihan untuk konsert akan datang.

Wah, pandai betul Alesya nasihatkan ibu, mesti ibu selalu cakap macam tu kan. APa-apa pun memang comel betul dua beranak ni, tak macam ibu dengan anak pun ye jugak.

Bonding time

Sekali sekala anaknda membebel.. layankan je laaa .. inilah satu sayunya penghibur hati mom. Love you very much my beautiful daughter.

Jgn lupa saksikan konsert romantika Awie minggu hadapan hari sabtu uolz!! 15 Feb di stadium melawati shah alam… cepat guyz.. tiket mcm goreng pisang panas…

Perkongsian video tersebut mendapat komen baIas dan reaksi dari para peminta. Rata-rata seronok melihat gelagat dua beranak yang sangat cantik ni.

Dah mcm kembar dah ank dgn mak die nie..

Ya. Allah canteknye ibu Dan anak ni

nanti aleesya pakai braces yg syg.. lg cantik spt mummy @errafazira

sooo cute mom dgn aleesya ni. take care akk, moga dipermudahkan segala urusan @errafazira

Good Era give the pendidikan agama for your daughter Alhamdulillah and congrats.

Hari ini juga merupakan hari ulangtahun kelahiran Erra Fazira yang ke-47. Selamat hari lahir semoga terus dimurahkan rezeki dan berbahagia.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :