“Awak ke yang nyanyi lagu Maggi cukup rasa kat radio tu.” – Netizen

Datin Eina Azman seringkali memuat naik video masakan di laman sosiaI IG miliknya. Ramai yang teruja melihat video dari beliau, bukan sahaja cantik malah tidak kekok untuk memasak di dapur. Datin Eina mengakui bahawa sememangnya beliau suka memasak tambah lagi untuk suami dan anak-anak yang kini sedang membesar.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Eina sekarang menjadi duta kepada produk Maggi dan lagu Maggi cukup rasa yang selalu dengar dalam televisyen dan radio adalah suara Datin Eina sendiri. Ada bakat menyanyi juga rupanya.

Melalui perkongsian di IG baru-baru ini, Datin Eina memuat naik video nyanyiannya. Sangat merdu ditambah dengan suaranya yang serak-serak basah.

Rela

After paksaan kwn kwn Eina yang dah berbulan2 lamanya, finally I decided to post this on my instagram.

I think many of you may not know this about me, but I love and enjoy singing very much hehe.

Sejenis syok sendiri nyanyi dlm toilet, dlm kereta, tgh masak, tgh buat kerja, mandikan anak haha.

Ada tak sesiapa yg sama mcm Eina jugak? .

Video ni nyanyi suka suka je, so please be nice on the comment section okay.

Ramai yang terpegun dan tidak sangka rupanya ada bakat lain dari Datin Eina yang belum ditonjolkan. Dalam pada itu mereka turut memuji Datin yang lengkap segala pakej, bukan sahaja cantik dan pandai masak, kali ini berbakat juga dalam nyanyian. Terbaiklah Datin! Memang menjadi kesayangan DP la.

sedapnya suara eina buat album single akak ada lagu best tajuknya pasrah. nanti akak bagi kat eina

Full song please. Suka dengar your voice..lepas tu I terus google lagu maggie cukup rasa taw..

feeling tu buat rasa kita lak nak nangis. dh lah cantik pandai masak nyanyi sedap berbakat sungguh

Sedapnya eina nyanyi lama tok x dengar boleh jadi artis rakaman pulak ok!

Aduhaiiii serba serbi boleh ni datin. Dap angat suara tuu serak2 basah

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :