“Alangkah bagusnya kalau host pakai tudung.sekurang-kurangnya menghormati tetamu yang dijemput” Jadi tetamu jemputan program Currhat, netizen minta Mufti Wilayah nasihat pengacara dan tetamu jemputan tak tutup aurat.

Sebentar tadi berlangsung sebuah program televisyen terbaru Currhat di mana Nabila Huda bersama Amin Idris menjadi pengacara untuk rancangan tersebut. Rancangan ini banyak mengupas tentang beberapa isu masaIah yang sering melanda rakyat Malaysia khususnya.

Untuk topik hari ini ialah ‘ANAK’ dan antara artis jemputan yang dijemput ialah Siti Elizad Sharifuddin dan Izzue Islam. Manakala tetamu undangan adalah Mufti Wilayah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Menerusi topik yang dikupas ramai sebenarnya terkesan dan mengalami nasib yang sama menunggu zuriat setelah bertahun-tahun kahwin.

Memenuhi jemputan ke rancangan CURRHAT malam ini bertajuk “Zuriat Syurga”. Semoga pandangan dan perkongsian dari kami sebentar tadi bermanfaat kepada ummah. Terima kasih atas jemputan.

Tonton di Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.

Dr. Zulkifli turut memuat naik beberapa keping foto ketika beliau bersama-sama dengan tetamu jemputan di studio. Namun melalui komen-koemn yang ditinggaIkan, pengikut di IG meminta agar Dr. Zulkifli menasihati pengacara dan tetamu jemputan yang tidak menutup aur4t. Malah ada yang berpendapat seolah-olah tidak menghormati tetamu yang datang seorang mufti dan tidak memakai tudung ataupun menutup aur4t.

hmm tak boleh bagi pengacara yang bertudung ke?

Aur4t perempuan tu dr zul. Seeloknya dikaburkan atau ditutup sebelum post ke media sosiaI.

Alangkah bagusnya kalau host pakai tudung.sekurang2nya menghormati tetamu yg dijemput

Adakah Islam terlalu bertolak ansur akan suruhan Allah yg terhadap hambanya?tidak bolehkan ustaz terus menegurnya menutup aur4t kerana ianya suruhan dari Allah..bukan dari manusia lainnya…

Dengan Allah pun tak malu, dengan mufti apatah lagi…

Sebagai orang Islam ada cara untuk menegur sesama insan. Sudah pasti Dr Zulkifli lebih arif tentang hal ini. Kepada netizen di luar sana, teruskan berdoa agar rakan saudara seislam dapat sama-sama menutup aur4t dan diberikan hidayah olehNya.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :