“Alamak, dieorang kembar seiras, macam mana nak tahu ni.”

Suka betul kami lihat keluarga besar Datin Zizie Izette. Walaupun bergelar selebriti dan juga kini beliau membawa pangkat sebagai Datin, Zizie Izette tidak nampak kekok untuk melayan dan mendidik anak-anaknya. Malah bagi Datin Zizie, beliau sangat sukakan kanak-kanak dan anak-anak adalah rezeki baginya, jadi beliau tidak kisah untuk mengambil anak angkat untuk dijaga dan dibesarkan sama seperti anak kandungnya.

Datin Zizie mempunyai sepasang anak kembar Adam dan Aeleph yang kini berusia tiga tahun. Datin Zizie memuat naik video anak-anaknya itu yang didapati mengoyak tikar. Apa yang lucu adalah, mereka masing-masing menuduh satu sama lain. Hingga para pengikut pun keliru yang mana satu Aadam atau Aeleph.

Siapa nak mengaku kalau dah kat tgh jalan kan? @zac_zeke .

Nasib ada cctv, tau dah siapa punya angkara! .

Edit: Ramai sgt nak tau siapa yg k0yakkan workout mat i.

It was Aaleph who started first pastu Aadam pun join sekali right after. So sama2 je.

Vide0 :

Perkongsian yang dimuat naik oleh Datin Zizie mendapat pelbagai rekasi dari para pengikutnya. Mereka rata-rata terhibur dengan gelagat si kembar. Masing-masing menuduh satu sama lain.

Omg they are identical. cemana nak tau siapa yang buat ni.

dia kata dia,dia kata dia ehhhh.

Tak kisah sapa yg buat. Yang pasti.. Comel dan suka tengok budak dua orang ni

Cepatla nk tau sapa yg buat tu.. comel la dua2 ni

Datin Zizie mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.

Kemudian, Zizie dikurniakan seorang lagi seorang cahaya mata perempuan bernama Aalisa Belle Izette, 1 Mac tahun lalu.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :