Aku cikgu, balik kerje lambat ambil anak kt rumah mak mertua mesti muka muncung je lepas tu hempas2 pinggan

Foto sekadar hiasan.Aku isteri umur 30 anak seorang putra. Aku kerja sebagai seorang guru. Anak aku umur 1 tahun 2 bulan. Dah mula makan solid food. Dah pandai berdiri meniti di tepi almari. Dah sampai umur yang tak kuat merengek dah. Syukur sangat. Aku mengajar sekolah sesi pagi. Sebelum pergi kerja memang aku akan hantar anak ke rumah mertua.

Aku bagi la rm 100 sebulan bagi dia rasa happy sikit jaga anak aku. Mertua aku pun dah pencen. Just nk tnya pandangan semua pasal k3s aku. Baca elok elok tau. Lepas tu nak kecam, kecam je. Nasihat juga amat diperluukan.

Mak mertua aku ni suka sangat kecil hati kalau aku balik lewat ambil anak sebab mesyuarat. Kalau ada aktiviti kokorikulum. Training silat semua tu. Memang mak mertua akan membebal. Muncung je muka kalau aku ambil anak aku.

Aku memang akan bagi tahu awal kalau aku ambil anak aku lewat. Dia sepatutnya dah faham la bila aku bagi tahu akan balik lambat sebab ada aktiviti. Ini kalau aku ambil anak dia akan hempas hempas pinggan. Tarik tangan anak aku kasar kasar. Macam macam lagi lah.

So aku buat keputusan untuk hantar anak ke tadika. Ingat boleh selesai masalah mak mertua aku ini dengan aku rupanya jadi masalah lain pulak. Mak mertua pergi bagi tahu husband aku dan cuba buat cerita cakap aku nak larikan satu satunya cucu dia dari dia.

Aku pula dah ngadu kat husband aku. Dia paham je dan dia pun tak leh nak buat pape. Jadi next week aku dan suami bercadang berhenti hantar anak ke tadika. Jadi hantar lah semula anak aku kat mak mertua untuk jaga demi menjaga hubungan baik kami.

Petang tu aku terpaksa ambil anak aku lewat lagi sebab td ada activiti kelab kat sekolah. Aku sampai pkul 4. Terus dia bising dekat aku. Bising bising cakap aku kalau hantar anak kat dia, dia cakap aku tidur dulu kat rumah dan saje cakap aku ada aktiviti.

Dah cukup tidur baru ambil anak. Mengucap panjang aku mak mertua fitnah aku macam tu je. Astagfirullah. Aku malas nak bertekak. Ambil anak balik umh. Call husband terus cerita dekat husband. Tapi husband tak membantu langsung dia hanya mampu gelak je.

Mungkin dia tak tunjuk dia pilih mak dia atau aku. Mungkin juga dia nak jaga hati kami semua. Kira macam nak playsafe dan hari hari seterusnya ak terpaksa juga hantar anak lagi dekat rumah mak mertua. Aku malasa, hari hari aku kena hadap masalah ini.

Hantar anak tempat lain tak baleh nanti mak mertua merajuk. Hantar anak kat mak mertua pun tak boleh padahal cucu dia sendiri je. Macam mana tu. Tolong lah aku setel masalah ini. Aku buntu lah.

Antara komen komen pembaca setelah membaca.

Siti kharmila
Lebih baik letak anak kat tadika drpd letak nga mil. Dia pon blh bt keje lain. Lgpon puan cma byar saguhati je kat mil. Rm100 tu xberbaloi puan. Letak kat tadika taska pon da beratus. Kalau nk letak jgak kat mil, up la sikit upah. Tiap kali balik lambat beli la ape2 yg ptut. Weekend bwak p jln2 ke. Baru la dia rasa dihargai

Aja cici
Memang byk org xfhm kalau jaga anak ckgu nii. Bila dalam meeting minta buat vide0 call. Atau awak alihkan la juga anak ke tadika. Transit saje rumah mentua. Supaya dia xpenat lagi satu murah sgt bg 100. Bg la 300 kalau da selalu sampai petang. Niat sedekah ikhlas.

Fara wahida
Tugas mertua bukan jaga anak hang. Bg pun patut2lah. Setahun lebih akai tgh banyak. Amik maid terus duk ngan mertua jaga anak hang. Jadi mertua dpt main ngan anak ja, bukan mengasuh. Bayarlah si maid tu. Baru tau rege bukan 100. Org mengasuh pun ada,mak mertua pun xmenyebal mcm hang kata.

Norzihan saupi
Mmng la nenek dia yg jga tp xberbaloi la ngan penat tu. Syukur sgt2 dh ada ahli kluarga sndri yg mau jaga tp biarlah berbaloi dgn penat dia. Xslh kluar lbih skit asalkan kselatan ank lbih terjamin kan. Lgpon bkn org len,mak asben u jugak. Xslh nk bg lbih pon.

Rahani jaaffar
Aduiii agak2lah mengasuh anak bgi rm100. Baik tak payahh. Cikgu gaji besarr. Tak kan bgi rm100 je. Dah tu lambat2 ambik anak. Lain kali pelihara sendirilah ye. Bawalah pi meeting ka. Akt ka. Rasa jaga anak tu sendiri.

Kahiriah mahmod
Rm100 je. Cuba kau htr kt luar. Blh pula byr lbh. Adoi. Bersebab ler mertua kau buat cam tu. Dia pon dh pencen bg peluang dia berehat bkn jaga ank. Cuba kau dok umh semua laki kau tanggung dia bg kau duit poket rm100 je. Blh cukup ke?

Rata rata komen menyebut berkenaan rm100 yang diberikan pada mak mertua. Terlalu sedikit nilai rm100 tu dengan menjaga anak selama sebulan. Apa kata anda. Silakan share jika bermanfaat.

Kredit : kisahrakyat