Ada yang gelar Perdana Menteri sebagai Bapa Keprihatinan Negara.

Pada tanggal 1 Mac yang lalu, satu sejarah telah dilakar apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan. Lantikan ini diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau sedar kesan daripada arahan PKPK ini menyebabkan ramai rakyat yang hilang pendapatan hingga ada yang terjejas teruk. Tetapi itulah harga yang perlu dibayar untuk menghentikan penularan wabak COVID-19. Walau bagaimanapun beliau telah berjaya mencuri hati rakyat dengan memberikan bantuan serta menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia.

Sebentar tadi beliau baru sahaja mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua. Rata-rata rakyat memuji tindakan beliau malah ada yang menggelarkannya sebagai Bapa Keprihatinan.

Untuk pengetahuan Tan Sri Muhyiddin Yassin, 72 adalah merupakan seorang pesakit kanser pankreas. Pada tahun 2018 beliau telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas. Tahukah anda Perdana Menteri kita yg ke 8 merupakan anak kepada seorang ulama yang terkenal di Tanah Melayu suatu ketika dahulu?

Beliau merupakan anak kepada salah seorang ulamak terkenal tanah air iaitu Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih. Beliau banyak mengajar di daerah Muar seperti di Masjid Jamek Muar, Masjid Parit Jamil, Masjid Seri Menanti, Masjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar.

Terdahulu rakyat Malaysia berasa sebak dan terharu apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai bacaan doa untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Kami doakan agar PM terus sihat dan dapat menggalas cabaran dan dugaan ini dengan baik. Terima kasih atas keprihatinan yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

Lepas dgr dan baca balik Teks #TSMY #prihatinrakyat. We all do respect. Our PM deserve to be call as BAPA KEPRIHATINAN NEGARA. Moga Allah merahmati TSMY dan barisan kerajaan lain dalam terus memacu negara. AAMIIN!

YAB Perdana Menteri, Tan Sri @MuhyiddinYassin layak diberikan gelaran BAPA KEPRIHATINAN RAKYAT.

Aku rasa TS Muhyidden Yassin ni layak dapat gelaran Bapa keprihatinan laa.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :