“Abang ni pun asal muka macam aku.” – Zizan Razak

Mohammad Razizan Abdul Razak atau lebih dikenali dengan nama Zizan Razak merupakan seorang artis yang bermula sebagai seorang pelawak. Bakat beliau dicungkil dari salah sebuah program realiti TV astro iaitu Raja Lawak. Walaupun tidak menjadi juara namun rezeki beliau dalam dunia hiburan mencurah-curah selepas tamat rancangan realiti tersebut.

Sudah 13 tahun berada dalam bidang industri, kariernya semakin berkembang dan kini Zizan boleh dikategorikan sebagai artis versatil kerana beliau bukan sahaja mempu menjadi seorang pelawak, malah beliau juga seorang penyanyi, personaliti TV dan juga usahawan.

Walau bagaimanapun karakter lawaknya memang semulajadi, apa sahaja yang beliau buat pasti akan buat orang lain ketawa. Sebelum ini sudah beberapa foto individu tular kerana mempunyai wajah sepertinya. Baik dari luar negara mahupun dalam negara.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh Zizan, satu video telah tular dikatakan wajah lelaki dalam video tersebut adalah sama seperti Zizan.

Jubake betol ade orang tuduh aku jadi dj parti liar… abang ni pun asal muka macam aku..!!! Perangai tu elok la sikit..!!!! #staysafe #stayathome

Perkongsian yang dibuat oleh Zizan mendapat pelbagai reaksi dari para pengikut dan juga rakan artis. Rata-rata terhibur dengan perkongsian tersebut dan mengakui bahawa wajah mereka adalah serupa, perangai pun sama!

Wow abang Zizan main DJ ke

Aihh buruk nohh peranga

Berapa tin gam mu ambik ??

Ingat abang zizan dh tadi

Hahahah sorry sejibik

Perangai pn sama… Lawak!

Zizan ni memang ada je idea lawak yang nak dibuat. Nanti dua tiga hari nanti dia pulak yang buat macam dalam video diatas.

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :