“Aaisyah tengah basuh pinggan nak jadi maid.”

Si cilik Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada pasangan popular Rozita Che Wan dan juga Zain Saidin. Populariti Aaisyah memang tak dapat dinafikan sebaik sahaja si comel ini dilahirkan. Wajah comel dan cantik Aaisyah telah menarik perhatian netizen dan kini telah berusia enam tahun.

Sudah makin petah berkata-kata dan pandai bergaya tidak ubah seperti ibunya. Seperti selebriti lain, Che Ta juga bersedia berkongsi aktiviti harian anaknya bersama para peminat dan Aaisya sendiri mempunyai laman akaun Instagram sendiri dengan jumlah pengikut yang tinggi iaitu 1.5 Juta.

Melalui perkongsian yang dimuat naik dalam akaun Instagram Aaisyah, ibunya terkejut melihat anaknya rajin membasuh pinggan. Menurut Aaisya dia nak jadi pembantu rumah sebab nak gaji. Amboi-amboi kecik lagi dah pandai nak duit. Nak beli barang make-up ke Aaisyah. hehe.

Ada ni tengah basuh pinggan.

View this post on Instagram

Ada ni tgh basuh pinggan 😜

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

Aaisyah nak gaji mi.

Perkongsian video yang dimuat naik turut mendapat komen baIas dari netizen. Mereka memuji gelagat Aaisyah yang tak kekok membuat kerja rumah walaupun masih kecil dan hidup mewah. Jom lihat apa kata pengikut Aaisyah.

Bagusnya heheh ,bagus tu kecik² kene belajar buat kerja rumah ,hehehe rajin ..comel cantik pulak tu.

Mcm ni la anak melayu sejati boleh ckp melayu boleh ckp org putih naa.

amboiiii aaisyah kemain ya, siap minta gaji kat mommy ek haha..rajin ada makna ya

Hahahaha… Zaman PKP kena cari pendapatan kann..

Dia punya nak gaji tu alahai slow ja nohh

Apa kata anda?
Kongsi Artikel Ini :